Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Media rasmi kumpulan Takfiri Daesh, Al-Amaq pada hari Selasa melaporkan bahawa Tentera Amerika Syarikat telah mengebom secara silap kedudukan Angkatan Demokratik Syria (SDF) yang dipimpin oleh kaum Kurdis.
"Pesawat tempur A.S secara silap telah mengebom kedudukan PKK (militia Kurdis) berhampiran kampung Ja'ber," tulis media itu.
Daesh selalu merujuk kekuatan bersenjata Kurdis di Iraq dan Syria sebagai Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Perkara itu dilihat sebagai usaha mereka untuk menggambarkan kumpulan seperti Unit Pelindung Rakyat (YPG) dan SDF sebagai entiti pengganas.
Pusat pemerintah SDF walau bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dakwaan di atas.
28 Disember 2016 - 19:18
News ID: 801393
Media rasmi kumpulan Takfiri Daesh, Al-Amaq pada hari Selasa melaporkan bahawa Tentera Amerika Syarikat telah mengebom secara silap kedudukan Angkatan Demokratik Syria (SDF) yang dipimpin oleh kaum Kurdis.